Saturday, April 30, 2011

My 'bestfriend' datang, kena makan banyak...!

Setelah detox ku berakhir, hari khamis yg lepas, Jumaat & Sabtu terasa asyyik nak makan aje. tp still in control. timbang semalam alamak terus  naik 3 kg? biar betul..? Detox 4 hari, turun 3.5kg. kemudian naik balik ke berat asal dalam masa 2 hari? Perut pun rasa buncit aje.. apehal ni? hari tu bukan main slim.. hahahaaa... nak gelakkan diri sendiri.. so.. let it be lah.. malas nak fikir. janji makan control...!

Well, pagi ni bangun badan sakit2.. Rupanya 'bestfriend' datang menjengah! betul2 on time ye kali ni. kalau tak dulu lambat seminggu dua. agaknya lepas detox, perjalanan darah kembali ok. Saja-saja timbang tadi, berat ku kembali kurang 3.kg. Macam yoyo aje.. ntahlah tak faham. kenapa ek sebelum period tu asyik nak makan aje. memang terasa berat badan naik. tp aku during period tu memang tak lalu makan. sebab perut rasa penuh & buncit sangat...

Semalam sempat masak ayam masak kukus. Senang aje buatnya. memang healthy food. Tak yah makan nasi. ratah aje ayam tu.. tp semalam kena perli dengan husbnd. kata nak diet tp pelik sehari dua ni mcm makan tak berhenti..? ehhh.. iya meeehhh? ter pelik sendiri.. aku pun pelik kenapa aku makan bnyk sangat. rupanya ada tanda... :-)

Dont worry be happy. Itulah punca kejayaan. tukar balik strategi....

Thursday, April 28, 2011

Day 4 ~ Semangat merundum..! Menderhakai detox ku...!

Dear blog,

Hari ni detox ku tidak berjalan dengan begitu baik. Ini gara-gara kerja yang sangat banyak di office, dan di rumah menyebabkan aku tidak dapat menyiapkan diri sebaiknya untuk detox hari ni. Aku balik malam lagi setelah seharian penat di office. Kemudian terpaksa pulak menunggu lama di rumah mak pulak, kena tunggu en suami sebelum dapat balik ke rumah sebab kunci rumah ku tertinggal dalam kereta... warghhh.. itu yg buat lagi penat. Lambat pulak tu dia balik. pukul 10.30 baru sampai rumah aku dah keletihan & tak sempat prepare ramuan detox untuk Day 5...

TAPI sebelum balik rumah aku sempat menjamah sepotong tauhu sumbat hidangan mak.... hmm.. sedapnya dah lama tak makan.. tp at the same time sedihnya detox aku.. tp aku terpaksa jugak amik makanan sbb aku dah tak de energy lagi. air detox ku dah habiss.. :-) sudahnya hari ke-5 aku mcm hilang semangat. ingatkan nak sambung lagi detox, tp  bila fikir balik.. these few days aku akan busy di office + weekend quiete hectic + nak pergi pesta buku dengan turun naik komuter aje... tak de driver., so bila nak detox tu memang sangat meletihkan dan memenatkan diri sendiri...

Well..  pengajaran untuk aku, at least this time aku tahu waktu yang sesuai untuk aku detox ialah di saat aku tak busy, yg mana tak bnyk tenaga dan akal fikiran diperlukan.

So today's reportt will end my detox session as for now. TETAPI..!!! aku akan kembali lagi dengan semangat detox yang lebih confident. Yes.!! jangan patah semangat dear body!

Apepun aku puas hati as 4 hari berdetox, aku managed to lost 3.5kg. Alhamdulillah. It's more than ok kalau nak dibandingkan aku berdiet seminggu 2 minggu pun aku takkan dapat lost weight 1 kg. kalau masuk the biggest loser pun aku leh menang weekly. hehhehee....

So lepas ni mcm biasa aku akan continue dengan diet low carbo & makan based on calories calculation. Insya-allah. Semoga segalanya mudah bg aku....

Amiiinnn...

Monday, April 25, 2011

Detox ~ Day 3 : Uniform saya sangat longgar

Dear blog,

Nak umumkan bahwa Uniform saya sangat longgar..! yehuuu... pagi tadi lepas mandi terus timbang. wow.. dah lost another 1 kg. alhamdulillah. rasanya malam tadi aku dah nak patah semangat, perut lapar. cepat masuk tidur. tp bila bangun i lost 1 kg lagi, terus semangat tu membakar. agaknya malam tadi tu sebab badan letih, perut lak lapar sangat.

Pagi  ni sangat bersemangat. What a wonderful day. Ya-allah permudahkanlah urusan ku hari ini. Semoga aku dapat menjalani hidup dan ibadah pada hari ni dengan lebih baik daripada semalam. Amiinn.
Setakat pagi ni, selepas 3 hari ni berdetox, aku lost 3 kg.

Nanti aku update lagi..

Sunday, April 24, 2011

Detox ~ Day 2 : cekalkan hati... tabahlah hati...

Hari ni masuk hari ke-2. Semalam was very amazing day. I lost 1 kg.

Malam tadi aku tido, rasa mcm something weird happened to me, ke aku yang bermimpi.. hahaha.. rasanya macam aku bersalin kulit & bangun dalam keadaan yang lebih ringan.. pagi ni betul2 ringan. cepat2 pergi timbang. alamak... jarum x gerak ke kanan lagi.. sebaliknya dah turun lagi 0.5kg.

update petang - mlm.
Hari ni aku balik lambat, after 8pm. Air tebu dah abis.. arrghh laparnya. Officemate pulak baru habis meeting, letak sepinggan kuih karipap atas meja aku.. wallamakkkk... tergugat perut aku dibuatnya. tp teringat karipap 130 Kcal. dan lagi aku tak sanggup menderhakai detox yang aku dah buat semalam dan hari ni... jadi aku cekalkan hati. tabahlah hati...

karipap, laksa, pisang goreng, mee kari, nasi goreng, ikan goreng, ikan bakar, pizza, KFC, McDonalds, dan segala makan didunia ini.. Tunggu lah aku ok? semua makanan ini akan tetap berada disitu walau seribu tahun lagi. Tapi aku dan detox ini.. tak mungkin dapat dipisahkan buat masa ini. Langkah pertama sudah ku lalui, dan hasilnya sudah didepan mata. kenapa nak nodai cinta suci ini hanya kerana sebiji karipap.. wallaaa.. heheheee..

so sampai aje rumah terus bukak peti ais. ambik air detox. bila dah minum barulah rasa bertenaga semula. walaupun langkah longlai aje tp aku keraskan hati. tidur cepat sebab tak mahu fikir banyak pasal makanan-makanan sedap di dunia... hahhaaa.. tp siap aku boleh mimpi makan karipap pulak... Dahsyat nafsu makan ni kan.

tidur aje lah tak sabar tunggu esok apa akan jadi. adakah aku akan kantoi? atau kecekalan aku untuk menahan makanan dari masuk ke perut.

Saturday, April 23, 2011

Detox ~ Day 1 (lost 1 kg)

Hari ini saya memulakan detox hari pertama..  Yeah.. so far so good. 10-days detox for master clean my body. Insya-allah.. Tak susah pun, yang penting ada kesungguhan.. harapan ku semangat ini tidak luntur sebelum waktunya...

- gi toilet 4-5 kali. OK aje taklah kata sangat sakit perut mcm minum air teh orang kg tu. biasa-biasa aje. tp stool tu memang hitam abis... agaknya itulah toksin2 yang terkumpul dalam badan aku.

- selepas 2 kali minum air ramuan detox , 4 kali gi toilet, aku saja2 pergi timbang. hmm.... biar betul?? biar betul?? angka dah berganjak kurang satu kg... biar betul? baru halfday aku berdetox ni. wahh ni betul2 jadi pembakar semangat. tak boleh main2 ni .. kena serious... aku takut kantoi aje, tak sampai 10 hari aku tewas. tp bila nampak berat kali ni, ia betul2 menaikkan semangat aku.

- tak letih langsung, kdg2 perut mcm lapar jugak tp bnyk minum air kosong, air detox tu aje dah beri tenaga kembali. so aku  bertenaga dari pagi sampai ke malam.

Alhamdulillah.. kita tunggu update esok ek.. so fast, so effective, yet tak melaparkan perut! I likeeee...!

Thursday, April 21, 2011

Karipap Vs Biskut Hi-Iron (Jacobs)?

Makan karipap Vs Biskut Hi-Iron (Jacobs)?

1 biji karipap 130Kcal
= 2 kepng Biscuit Hi-Iron (Jacobs) 74 Kcal. (1 keping biskut = 37Kcal)

So mana satu pilihan hati korang? Saya mesti pilih biskut..!
Karipap tu aku dah limit seminggu sekali aje...

Week 1 :- Banyaknya minum airr... >3.5 liter per day!

Salam,

Yes, aku gigih berdiet.. so far tak tahu diet ikut which diet tp my control point is eat food that less calories, and daily calories intake < 1000kcal. Nak makan kena tengok  untrition facts dulu.. kadang2 tu mulut saja2 lah nak mengunyah tp bila tengok nutrition facts, so fikir 2-3 kali.

Hari ni dah 5 hari berdiet.. i mean control on calories intake. senang aje rupanya.. cuma my weakness is bila nampak lauk makkk.. sedapnya. padahla ikan goreng aje. so bedal gak nasi sikit. anyway still in control. tak macam selalu. alhamdulillah..

Minum air kena bnyk, sbb nak cover rasa kelaparan itu. heheh well... dulu every meal hr kat office aku turun makan, skrg tak pergi pun. yelah fikir gi kantin kang bnyk pulak  kalori yg masuk. Duit pun jimat. This week tak de belanja sesen pun kat kantin office. Bravo..!

Skrg ni minum air about 3.5 liter per day. bnyk ooo.. asyik gi toilet aje. macam exercise jadi nya kena turun naik tangga. kdg2 saja je lalu jalan jauh. dan dalam panas lak tu. biar peluh keluar.. jangan sinaran UV menyerang aku udah...! Dalam toilet pulak aku ambik kesempatan buat 2 types of stretching x 10. biar berpeluh, & meregangkan otot2 aku ni.

Bnyk faedahnya minum air bnyk ni. tak caya cuba lah. badan rasa ringan pulak walaupun berat tak turun lagi. Bila baby bangun malam, terus jaga.. so alert you... pas tu memang tak letih. agaknya toksin2 dalam badan dah keluar sedikit demi sedikit.

Semalam dpt puasa 1 hari. aduhaii.. amannya dunia perut tak rasa lapar langsung. padahal sahur tu minum 1 liter air  + psyllium aje. sampai buka puasa pun aku relax aje sebenarnya. tp tak tahan lak tengok mak  masak sambal sardin.. aduyaiii..

Tp hr ni aku rasa mungkin akan terbabas diet aku. sbb budak office buat makan2 sempena resign staff. KFC pulak tu. cam ner nak mengelak ni.. x pe lah.. hr ni aje. lepas makan tu kena minum air kosong 3 liter.. that's my plan for today. alhamdulillah minggu ni berjalan seperti dirancang.

with that i end my diet chit chat today..

muuuahhhhsss...

Sunday, April 17, 2011

Serius ni.. I'm on diet!

I gained weight recenly. Cepatnya naik 2kg.. errghh... gila nak menurunnya.


So i suspect due to my eating habit.. pantang jumpa makanan, never control oily food intake kat office ni, and finally makan malam NASI di rumah mak.. whichh is dulu is my NEVER.. NEVER consume nasi during  dinner.


Why now change?
sbb now petang2 balik kerja terus balik ke rumah makk sbb nak ambik baby. waaahhhh... tak boleh tengok lauk mak yang sedap tu walaupun cuma ikan goreng. Dahsyat betul penangannya. Kadang2 tu sampai rumah mak pukul 9 mlm pun makan lagi.. adoiii.. bad habit.. really bad habit.


So now what to do?
I guess i kena stop Nasi intake lorrr... Change the routine, balik rumah mak jangan masuk dapur... Wajib.. wajib.. wajib...


What is my Action Plan?
  • Less carbo ~ sekarang ni cuma plan nak avoid nasi & oily food aje.
  • Minum air banyak
  • Jote down food intake. sbb tu buat blog ni senang nak update food intake.
  • Duration ~ 1 month
  • Target ~ 2 kg (agak2 boleh tak?)
<><><> <><><>18/4/2011<> So today for start up :
1 - Breakfast  emak masak jemput2. errkk oily.. oily...! air baru 1 liter..
2 - AM T.break 
3 - Lunch  :-) Senyum aje lah.... + air 500 ml
4 - PM T.break  Biskut Jacobs cicah air teh, 1 jemput2 hanizah.. errrghhh bencinya terpedaya jugak dgn oily food..
5 - Dinner  :-) Senyum aje lah....


Kalau lapar minum air lagi dan lagi. hari  ni mmg target for detox dulu at least for 3 days.. Insya-allah. Khamis nanti nak puasa pulak. ada 3 hari lagi tak ganti. So all in-1. Nampak plan macam senang aje kan.. bila nak buat nanti tengok lah cekal tak cekalnya aku..


aku plan mcm ni sbb masa pantang dulu pun aku tak de makan ape-ape jamu, nasi x control sangat. Exercise pun x de. But then managed to loose weight 5 kg dr berat sebelum preg. So i guess it is really because of food intake. masa pantang mana makan oily food. yupee.. yupe... semuanya dikawal selia oleh mak. hehehe.. asyik rebus aje.. sampai muak tu yang bila naik kerja ni semuanya aku tak boleh nak control pulak.. balas dendam 2 bulan tak makan.


Insya-allah kali ni nak makan rebus2 gak... ok? Doakan aku berjaya ye...!