Sunday, April 24, 2011

Detox ~ Day 2 : cekalkan hati... tabahlah hati...

Hari ni masuk hari ke-2. Semalam was very amazing day. I lost 1 kg.

Malam tadi aku tido, rasa mcm something weird happened to me, ke aku yang bermimpi.. hahaha.. rasanya macam aku bersalin kulit & bangun dalam keadaan yang lebih ringan.. pagi ni betul2 ringan. cepat2 pergi timbang. alamak... jarum x gerak ke kanan lagi.. sebaliknya dah turun lagi 0.5kg.

update petang - mlm.
Hari ni aku balik lambat, after 8pm. Air tebu dah abis.. arrghh laparnya. Officemate pulak baru habis meeting, letak sepinggan kuih karipap atas meja aku.. wallamakkkk... tergugat perut aku dibuatnya. tp teringat karipap 130 Kcal. dan lagi aku tak sanggup menderhakai detox yang aku dah buat semalam dan hari ni... jadi aku cekalkan hati. tabahlah hati...

karipap, laksa, pisang goreng, mee kari, nasi goreng, ikan goreng, ikan bakar, pizza, KFC, McDonalds, dan segala makan didunia ini.. Tunggu lah aku ok? semua makanan ini akan tetap berada disitu walau seribu tahun lagi. Tapi aku dan detox ini.. tak mungkin dapat dipisahkan buat masa ini. Langkah pertama sudah ku lalui, dan hasilnya sudah didepan mata. kenapa nak nodai cinta suci ini hanya kerana sebiji karipap.. wallaaa.. heheheee..

so sampai aje rumah terus bukak peti ais. ambik air detox. bila dah minum barulah rasa bertenaga semula. walaupun langkah longlai aje tp aku keraskan hati. tidur cepat sebab tak mahu fikir banyak pasal makanan-makanan sedap di dunia... hahhaaa.. tp siap aku boleh mimpi makan karipap pulak... Dahsyat nafsu makan ni kan.

tidur aje lah tak sabar tunggu esok apa akan jadi. adakah aku akan kantoi? atau kecekalan aku untuk menahan makanan dari masuk ke perut.

No comments:

Post a Comment